Thursday, August 2, 2018

Tak nak ingat dah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
   
  So entry harini aku nak cerita semalam kisah yang jadi yang buat aku nervous sangat semalam. Okey untuk makluman korang aku sekarang bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah kebangsaan dan aku dapat mengajar budak tahun 1 dan 2 dalam subjek Bm & math. Seronok sangat bila dapat tawaran sebab sebulan aku tunggu baru dapat.Lagipun aku memang ada berazam dan bercita-cita nak jadi seorang guru dan pendidik satu hari nanti.Jadi dapatlah rasa pengalaman tu walaupun sekejap. Doakann yaa, Aminn.

     Okey sebenarnya semalam ada satu budak ni dia mengamuk sebab ada orang rampas topeng dia and dia marah sampai campak beg kawan dia dekat bawah.Aiiyooooooo.....kawan2 dia yang lain dah buat topeng baru tapi dia masih tak nak jugak. Okeyy andaikan nama dia Aidil kann. Akuu cuba pujuk baik-baik, tegas sikit tapi dia degil jugak.Aidil ni memang pelik sikit.Masa dia marah tu dia mengamuk sambil nangis2 macam dia pulak yang bersalah tapi aku nampak dia senyum sengih gembira bila dia jatuhkan beg kawan dia,Mujur  tak ada orang dekat bawah. Cabaran-cabaran melayan budak-budak ni.

      Cuma aku yakin dia sama ja macam budak-budak lain.Suka main dengan kawan-kawan senyum selalu n rajin datang ke sekolah.Lagi satu Aidil ni tak boleh kena usik sangat dengan kawan-kawan yang nakal kalau tak dia meragam kita pun pening sebab kelakuan dia ganas dan emosi tak stabil.Aku doakan supaya anak murid aku ni lembut hati dia, dengar cakap ibu bapa dan guru bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya ' kannnn.Akhirnya,dia okey juga tapi akuu pulak takut dan harap dah tak berulang lagi lepas ni.
       
    Seterusnya,baru aku faham kenapa zaman sekolah rendah banyak pantang larang. Kita tak boleh lari-lari nanti jatuh luka.Jangan bagi main dekat tembok tingkat atas nanti jatuhh anak orang mahu naya kita masuk paper budak jatuh mati tingkat satu..Nauzubillah min Zalik.Kadang diorangni tak faham kenapa kita marah tegur main-main dekat tempat bahaya sebab kita nak jaga dia.Sebab kita sayang dia walaupun bukan anak sendiri.Fahamilah tugas seorang guru yang berusaha menjaga anak awak sebaik mungkin.Konklusinya,aku perlu jadi lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran nak jadi guru pada abad ni...
           
          Jeng-jeng dah habis dahh.Feel free to comment or ask anything.bebyeee


             

No comments:

Post a Comment